Saturday, 13 May 2017

PAIN KILLER? SAYA DAH TAK MAKAN SELEPAS PEMBETULAN TULANG BELAKANG



Kisah kali ini berkenaan pain killer.

Semua mesti dah tahu apa itu pain killer kan. Ubat untuk tahan sakit. tak kira la sakit apa pun.

Baru-baru ini, seorang pasien saya dari Johor datang ke pusat rawatan TJC Acupuncture di Bandar Teknologi Kajang. Beliau adalah seorang guru di sebuah MRSM di Johor.

Beliau sakit pinggang apabila menunduk dan rukuk. Apabila berdiri postur badannya akan sedikit kedepan, kerana menahan sakit apabila cuba tegakkan badan.

Selepas sesi pembetulan tulang yang pertama, beliau terus memandu balik ke johor.

Dua minggu kemudian, tak sabar-sabar beliau nak beritahu saya yang dia dah tak makan ubat pain killer.

Sebelum ini, beliau terpaksa makan pain killer pagi dan petang untuk mengurangkan rasa sakit ketika berdiri tegak. Alhamdulillah hari ini beliau gembira kerana sudah tidak bergantung dengan ubat.

Syukurlah, kerana Allah telah memberikan kelegaan dari sakit yang telah beliau alami selama sejak 3 tahun lepas.


Monday, 16 November 2015

BERAT 180 KG, SAKIT SLIP DISC DATANG SESI KIROPRAKTIK

Sakit belakang sebab berat badan tinggi?

Suatu hari saya bertugas di pusat rawatan Thibbuljawi Health Centre.

Waktu itu hanya saya dan Tuan Khamli bertugas. Dr Syifa mengambil cuti untuk menghadiri seminar Akupuntur di Kelantan.

Sebelah pagi ramai pasien datang untuk sesi rawatan akupuntur dan pembetulan tulang belakang.

Dalam tengahari kami akan berehat kerana banyak tenaga dah digunakan pada rawatan Tulang Belakang.

Ketika petang, saya dimaklumkan ada pasien baru yang akan datang untuk membuat rawatan tulang belakang.

Saya dikejutkan oleh Tuan Khamli, "Tuan Sobri, sila minum tiga sachet kopi radix ye." sambil tergelak.

"Kenapa ?" balas saya kehairanan.

"Tengok lah sendiri pasien tu nanti, nah baca berkenaan sakitnya" sambil tuan khamli menyerahkan buku rekod pesakit tersebut.

Dalam hati saya "patutlah suruh minum kopi radix 3 sachet, rupanya berat pasien tersebut 180 kilogram."

Tersenyum saya seorang diri.

Alhamdulillah, sesi rawatan berjalan dengan lancar. Kesakitan tulang belakang beliau telah berkurangan 30%.

Namun itu adalah pengalaman pertama saya menerima pasien rawatan Tulang Belakang yang paling berat. Syukurlah kerana dapat membantu meringankan sakit beliau.

PEMBETULAN TULANG BELAKANG DENGAN HANYA MENGIRINGKAN BADAN


Suatu petang seorang tua datang mengadu sakit tulang belakang.

Sakitnya sudah terlalu lama. Kerana kesuntukan masa, saya meminta beliau mengiring sebelah badan. Tiga kali tekanan saya berikan di tulang lumbar nya.

Hari ini walaupun setelah dua minggu sakit di pinggangnya telah hilang. Cuma mengadu sakit di bawah lutut dan betis.

Wednesday, 4 November 2015

TULANG BELAKANG SAKIT PANJAT GUNUNG

kredit: SyedGraphiX Blogspot

Hampir sebulan yang lepas, saya telah dijemput untuk merawat saudara sebelah isteri saya yang sakit di Ulu Kelang.

Pada masa yang sama ada adik saudaranya yang sakit tulang belakang akibat aktiviti PANJAT gunung.

-Bila berjalan tidak stabil.
-Terhincut-hincut menahan kesakitan.
-sudah buat pemeriksaan doktor, namun tiada tanda kesembuhan.

1 kali sesi kiropraktik selama hampir 20 minit.

+Sakit tulang belakang hilang.
+berjalan seperti orang biasa (kembali normal)
+badan terasa lebih "fresh"
+dapat berita dari isterinya, sudah mula untuk kembali aktiviti mendaki gunung.


P/s: sekurang-kurangnya rawatan kiropraktik adalah sebanyak 3 kali, kesembuhan bergantung kepada penjagaan makanan dan.aktiviti harian. Teramat penting Allah tempat minta kesembuhan.

Wednesday, 28 October 2015

SAKIT BELAKANG AKIBAT MEMBONGKOK, CARA YANG SALAH.


Mengangkat barang berat ada teknik dan cara yang betul.
Jikalau salah angkat, nahas lah tulang belakang kita.

+bongkok dan terus angkat barang berat.
+pinggang masih belum bersedia dah tunduk angkat barang berat.
+waktu tunduk angkat barang kita terbatuk-batuk dengan kuat.

Semua yang diatas adalah pengalaman pasien saya yang mengadu asal sakit belakang mereka.
Sudah tujuh tahun saya mengumpulkan testimoni pasien masalah sakit tulang belakang. 

Alhamdulillah apabila dinasihatkan supaya mengubah cara mengangkat barang berat sakit belakang akan sembuh. Insya Allah.

Teknik membongkok yang betul