Sakitnya sudah terlalu lama. Kerana kesuntukan masa, saya meminta beliau mengiring sebelah badan. Tiga kali tekanan saya berikan di tulang lumbar nya.
Hari ini walaupun setelah dua minggu sakit di pinggangnya telah hilang. Cuma mengadu sakit di bawah lutut dan betis.
Saya kata, "saya cadangkan bekam, boleh?". Beliau jawab, "baiklah".
Pembetulan belakang perlu dilakukan sebaik-baiknya seminggu sekali, untuk pesakit yang kronik.
Didalam ilmu dan pengalaman Gonstead Chiropractic di USA, mereka pernah melakukan sehari 2 kali pembetulan tulang belakang bagi penyakit tulang kronik. sehingga mereka mempunyai sebuah hotel dibina bersebelahan dengan klinik Gonstead Chiropractic.
Itu lah secebis kisah dan pengalaman saya merawat tulang belakang.
No comments:
Post a Comment