Monday, 14 October 2013

PENGEMBARAAN MENJINAKKAN SANG HARIMAU !!



Semalam, saya dapat sebuah panggilan dari seorang perempuan. Dia bertanya kepada saya, "Masih buat rawatan lagi? Anak saya yang lelaki tu sakit belakang badan. Boleh datang ke rumah saya ke Encik?"

Sebenarnya, dari minggu lepas lagi saya dah membuat appointment untuk datang ke rumah kakak ni. Walaupun jauh, hati ni kata pergilah. Kata nak menuntut ILMU. Dengar jugalah saya pujukan hati saya ni.


Saya minta kakak tu hantar alamat di nombor telefon bimbit saya. Rupanya kakak tu hantar menggunakan Whatapps, bukannya SMS. Jenuh saya cari kat mana alamat kakak tu.

Sampai pada hari yang saya nak pergi kerumah beliau, saya bertanya, "Ada alamatnya tak kak? saya dah nak pergi ni."

Beliau jawab, "Eh bukan saya dah hantar alamat tu ke? Cuba tengok dalam Whatapps." Aduh, malu saya pasal tak check dalam Whatapps.

Bukan apa, Whatapps ni kan banyak group, lepas tu kalau buka je Whatapps tu lama-lama, bateri HP cepat habis. Jadi bila dapat Notification, selalu tunggu masa 'free' baru baca sekali banyak-banyak. Lepas baca dan balas mesej yang berkenaan, terus "Exit. Nilah yang orang kata "berjimat cermat, jiwa selamat"..

Bila baca je alamat kakak tu, saya berbisik,"Kata Seksyen 30, dalam mesej Bukit Rimau? Mana satu yang betul ni. Alahai Nasib.."

Masa tu dah masuk Maghrib, lepas hantar ubat demam pada akak ipar di USJ3, jadi pergi bawa isteri sekali. Sebab dah lambat, saya ajak isteri pergi sekali. Walaupun saya tengok isteri sedikit keletihan dia pun angguk je. Nak patah balik lambat, sebab malam tu lepas Isyak ada Mesyuarat PASTI.

Lepas solat, terus guna Google Maps cari "RIMAU".. hehe

Sesat jugaklah. Bila dah jumpa tempat tu memang macam "RIMAU". Pasal saya tengok rumah-rumah dekat situ BANGLO-BANGLO belaka. David Teo, Tiara Jaquelina pun duduk situ. Sudah Dahsyat juga kakak ni. Dalam hati saya,"Suatu hari, aku akan mempunyai Banglo juga" terus buat submission dan berdoa.

Selepas masuk melalui kawalan KETAT Pak Guard yang sangat BUSY sebab jaga KANDANG RIMAU..hehe, sampailah saya dirumah kakak tu.

Terus saya buat rawatan Chiropractic, untuk meluruskan dan membetulkan kedudukan tulang belakangnya yang bengkok dan terhimpit. Kata adik tu, sakit ni dah lama tapi baru-baru ni bertambah sakit bila duduk dan ketika nak rukuk.

Alhamdulillah, lepas 20 minit bila saya suruh duduk dan rukuk sakitnya hilang. Kemudian saya sambung dengan rawatan Acupunture, terutama pada kepala dan tulang belakangnya.

Selesai rawatan Puan Rumah jemput saya dan isteri minum. Terima kasih lah saya ucapkan pada kakak tu, sebab buatkan air panas dan keropok ikan. Sedap pulak bila cicah dengan sos.

Begitulah ceritanya, saya mencari "RIMAU". Pertama kali saya dengar nama tempat BUKIT RIMAU.. isteri saya puntak pernah dengar walaupun dia dah tinggal di shah alam 5 tahun lebih. Anyway ia pengalaman yang menarik, terutama bila pergi merawat bawa isteri.

Nak share banyak lagi pengalaman menarik dengan anda. Nak ikutinya, saya jemput anda singgah ke Bekam Power, kemudian LIKE | SHARE | COMMENT.

Orang kata, kalau kita banyak share perkara atau cerita baik, maka ALLAH akan selalu berikan kita HIKMAH dan KEBAIKAN sepanjang jalan hidup kita. InshaAllah...

ok, selamat bersharing lagi... 


No comments:

Post a Comment