Sakit belakang sebab berat badan tinggi? |
Suatu hari saya bertugas di pusat rawatan Thibbuljawi Health Centre.
Waktu itu hanya saya dan Tuan Khamli bertugas. Dr Syifa mengambil cuti untuk menghadiri seminar Akupuntur di Kelantan.
Sebelah pagi ramai pasien datang untuk sesi rawatan akupuntur dan pembetulan tulang belakang.
Dalam tengahari kami akan berehat kerana banyak tenaga dah digunakan pada rawatan Tulang Belakang.
Ketika petang, saya dimaklumkan ada pasien baru yang akan datang untuk membuat rawatan tulang belakang.
Saya dikejutkan oleh Tuan Khamli, "Tuan Sobri, sila minum tiga sachet kopi radix ye." sambil tergelak.
"Kenapa ?" balas saya kehairanan.
"Tengok lah sendiri pasien tu nanti, nah baca berkenaan sakitnya" sambil tuan khamli menyerahkan buku rekod pesakit tersebut.
Dalam hati saya "patutlah suruh minum kopi radix 3 sachet, rupanya berat pasien tersebut 180 kilogram."
Tersenyum saya seorang diri.
Alhamdulillah, sesi rawatan berjalan dengan lancar. Kesakitan tulang belakang beliau telah berkurangan 30%.
Namun itu adalah pengalaman pertama saya menerima pasien rawatan Tulang Belakang yang paling berat. Syukurlah kerana dapat membantu meringankan sakit beliau.