Tawar rawatan pembetulan tulang belakang
oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
RAWATAN kiropraktik akan memasukkan kembali tulang belakang ke tempat yang betul |
SELAIN rawatan akupunktur dan berbekam, Pusat Kesihatan ThibbulJawi (ThibbulJawi) turut menyediakan khidmat kiropraktik iaitu terapi pembetulan tulang belakang.
Menurut pakar kiropraktik, Dr. Ahmad Sobri Sanusi, 31, rawatan ini merupakan satu kaedah alternatif bagi merawat penyakit.
“Di dalam tubuh manusia, saraf tunjang bersambung dengan banyak organ di seluruh tubuh dan ia mengawal saraf motor gerakan kaki dan tangan.
“Di dalam tubuh manusia, saraf tunjang bersambung dengan banyak organ di seluruh tubuh dan ia mengawal saraf motor gerakan kaki dan tangan.
“Justeru, apabila berlaku keadaan tulang terkeluar seperti dislocated atau slip disc, ia akan menyebabkan saraf di tulang-tulang tertentu terhimpit sekali gus menyebabkan ketidakselesaan, lenguh dan sakit.
“Melalui rawatan pembetulan tulang belakang, apabila tulang telah dimasukkan ke tempat yang betul, saraf yang terhimpit tadi akan kembali beroperasi secara normal dan menghilangkan rasa sakit yang dialami,” ujar Ahmad Sobri mengenai keunikan rawatan berkenaan.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, ThibbulJawi juga mempraktikkan rawatan iridologi iaitu satu kaedah mengesan kelemahan organ di dalam tubuh melalui anak mata.
“Ini berdasarkan konsep mata manusia bersambung dengan otak dan otak bersambung dengan saraf tunjang tulang belakang.
“Kemudian, saraf tunjang pula bersambung dengan saraf organ di seluruh tubuh. Oleh itu, apabila ada kelemahan organ, ia boleh dilihat terus di dalam anak mata,” terang beliau.
Tambah Ahmad Sobri, antara punca sakit kepala atau migrain ialah kekurangan air dalam tubuh menyebabkan orang tersebut susah membuang air besar.
“Akibatnya daripada toksik yang tidak keluar atau dikeluarkan secara sempurna melalui proses perkumuhan, ia akan menyebabkan migrain.
“Lantaran itu, dalam merawatinya, kita fokus pada masalah pembuangan najis melalui herba dan rawatan di samping menguatkan buah pinggang,” ungkapnya mengenai kaedah merawat punca penyakit berbanding penyakit itu sendiri.
No comments:
Post a Comment