Nabi SAW pernah menyebut bahawa bekam adalah salah satu dari 3 pengubatan yang boleh menyembuhkan penyakit. Ini bermakna, Baginda telah mengiktiraf bekam boleh memberikan kebaikan
pada kesihatan manusia jika diamalkan secara berterusan.
Jika bekam tidak mampu menyembuhkan, mengapakah Baginda sendiri telah berbekam beberapa kali dalam waktu yang berbeza? Adakalanya ketika nabi berpuasa, ada juga ketika Baginda merasa sakit kepala yang amat sangat akibat terlalu panas terik.
Para sahabat yang melihat Nabi SAW berbekam, telah mendengar ucapan Baginda tentang kebaikan berbekam. Antaranya seperti:
Sabda Rasulullah SAW:
عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik di bahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.” (HR Thabroni)
Justeru, kepada kawan-kawan yang dihormati semua, sebagai umat Nabi SAW hendaklah melakukan Pengubatan Bekam ini.
Selain kesihatan, PAHALA juga akan kita perolehi. Semoga dengan kita
melakukan bekam ini, Nabi SAW akan senyum kepada kita semasa didalam
SYURGA kelak, kerana telah mengamalkan SUNNAH-nya... Ameen
kredit to: http://brc-cibaduyut.com
- Admin Bekam Power : Plus Acupunture
No comments:
Post a Comment