Pada 14/9/2013, seorang atok berumur 75 tahun lebih, datang bersama keluarganya dari Segamat, Johor untuk berbekam. Atok ni dah lama cakap nak buat rawatan. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat hatinya pada hari tu.
Apa yang saya kagum dengan atok ni, dia masih boleh memandu kereta walaupun perjalanan jarak perjalanannya agak jauh. Takde orang yang jadi second driver. Dia sorang sahaja yang memandu. Mahu 2 - 4 jam untuk nak sampai Rawang.
Satu lagi, penglihatan atok masih jelas dan terang lagi. Dia tidak memakai cermin mata, seperti kebanyakan yang sebayanya. Beliau datang kerana mengadu rasa sakit dan sengal dari atas pangkal peha sebelah kanan
menuju ke bahagian belakang betis.
Atok tu cerita, sakitnya tu disebabkan dulu doktor telah memberikannya suntikan
di lututnya kerana atok ni telah mengadu sakit bila berjalan. Doktor kata, lepas cucuk ni sakit akan hilang. Diberinya juga pil tahan sakit sebagai Back up.
Namun lepas sampai rumah sahaja, Zupp... sakit lutut tu datang balik dan bertambah sakit. Beliau terpaksa
di angkat naik ke tangga untuk dibawa masuk ke biliknya. Makanlah pil tahan sakit malam tu. Boleh la nak tidur, tapi 3 - 5 hari sakit datang lagi.
Lama-kelamaan rasa kebas dan sengal yang mula asalnya dari lutut yang dicucuk, dah merebak sampailah ke pangkal peha dan tepi punggung akibat kesan suntikan dan ubat tahan sakit.
Itu cerita puluhan tahun lepas. Sekarang ni beliau datang membawa harapan agar sakitnya dapat dikurangkan.
Permulaan tu saya buatlah Rawatan Akupuntur, dengan titik 'Blood Flow' kemudian disambung dengan titik 'Ah Si'. Rawatan Akupuntur banyak bertumpu pada kawasan yang sengal iaitu di peha sebelah kanan ke bawah. Bertujuan untuk melembutkan saraf dan juga meningkatkan Vital Force badan.
Selang esok
paginya 15/9/2013, saya menyambung sesi bekam pada titik 'Sunnah' dan juga pada titik 'sakit' nya. Alhamdulillah, sakit yg dideritainya berkurangan dan
hampir hilang.
Petangnya Atok pun balik ke Segamat. Saya menelefon anaknya apabila dah sampai segamat. Cerita anaknya, ayahnya selalu mengadu sengal dan sakit di bahagian kaki kanan, tapi semalam ayahnya memandu sudah kurang merasa sakit di bahagian kaki.
Saya rasa terinspirasi sangat, dengan semangat yang ditunjukkan oleh Atok tersebut. Kecekalannya datang dari jauh untuk menerima rawatan sangatlah dipuji. Sememangnya selama 75 tahun ini, beliau tidak pernah berbekam. Itulah pertama kali beliau dibekam. Rasa GEMBIRA sangat beliau sebab dapat buat perkara yang pernah dibuat oleh NABI SAW.
Dengan adanya kisah begini, saya menjadi bersemangat untuk membantu ramai manusia yang belum lagi dapat melakukan bekam. Satu dah dapat pahala, satu lagi dapat mencegah penyakit. Kalau dapat ajak ramai kawan-kawan lagi buat bekam lagi bagus. Sebab apa? ye lah mewar-warkan perkara baik tu kan pahalanya berpanjangan terutama sekali bila orang tu ISTIQOMAH buat sunnah. Kita pun akan dapat pahala macam airr mengalir.
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat"
Siapa rasa dia nak tinggal berdekatan dengan NABI SAW ketika di SYURGA nanti, jom ceritakan kebaikan melakukan Bekam kepada kawan-kawan dan orang tersayang kita ye. Boleh ke boleh. InshaAllah...
Salam Kejayaan dari saya...
Ahmad Sobri Sanusi
No comments:
Post a Comment