Saturday, 26 October 2013

BEKAM..? Siri 3



Kaedah bekam cara Nabi ini telah lama dipraktikkan oleh umat Islam. Mungkin bahan dan alat yang digunakan pada masa dahulu dan kini tentu sekali berbeza.

Kalau dahulu tukang bekam menggunakan cawan kaca, tanduk, buluh sebagai alat atau medium perantara untuk melekap dibadan pesakit. Kemudian memastikan bahawa alat bekam itu melekap dengan kuat dan lama, Teknik seperti menggunakan pembakaran api, ada yang sedut menggunakan mulut (pedih pipi tu,.. kalau sedut lama-lama. Cubalah kalau nak tahu).

Namun sekarang alat bekam yang sangat PRAKTIKAL dan EFEKTIF telah tercipta. Ada Pengepam menggantikan teknik api dan sedut, ada cawan kaca plastik lutsinar yang boleh ditutup lubang keluar masuk anginnya, ada lancet (alat jarum halus untuk menusuk kulit, dengan tujuan mengeluarkan sedikit darah), dan ada pisau bekam torehan (hampir sama dengan pisau bedah yang digunakan oleh doktor)

Disebabkan mudahnya untuk berbekam dan oleh kerana perkembangan teknologi, maka ramai anak muda masa kini sudah mempelajari bekam. Tidak seperti dulu tahun 50-an hingga 90-an, bekam ini terkenal dikalangan orang tua dan kawasan kampung sahaja.

Masa tu sesiapa yang berasal dari kampung tahulah bekam itu apa? Bila kerja di bandar dan kita bercerita dengan kawan-kawan bandar tentang KEHEBATAN bekam, terpinga-pinga diaorang mendengarnya.. yelah... mana taknya, tak pernah dengar dari kecil, asyik dengan video games dan televisyen sahaja. (orang bandar jangan marah, he.. ^_^)

"Apalah kau ni mengarut, bekam-bekam ni aku tak tahu, tapi kalau Beckam aku tahulah..", ujar seorang anak kota pada saya, sambil menunjukkan gaya pemain bola David Beckam. Alahai... hehe lawak la dia ni.


Bersambung... Siri 4
---------------------------------------------
Tuan-tuan dan Cikpuan, dengan rendah hatinya dijemput bersama kami di page Bekam Power, untuk berkongsi tip-tip dan maklumat berkenaan rawatan alternatif.
Diharap anda semua dapatlah sebar luaskan lagi artikel ini pada kawan-kawan didalam senarai FB dan juga Group anda semua. Dapat memberi NILAI kepada rakan-rakan kita ertinya perkara yang BAIK juga akan datang kepada kita.
Betul, betul...? hehe
Admin - jom #bekam
---------------------------------------------

No comments:

Post a Comment