Monday, 14 October 2013

KISAH PENUH INSPIRASI : THE POWER OF CONTRIBUTION..


Jam menunjukkan lebih kurang pukul 4.30 petang. Saya sedang menerima panggilan untuk temujanji rawatan bekam.

Tiba-tiba, terdengar ketukan yang amat deras dari pintu rumah saya. Saya yang sedang bercakap di telefon dan isteri yang sedang menyiapkan thesisnya juga terkejut. "Eh takkan orang Tabligh datang petang-petang macam ni? Selalu lepas Maghrib.." Bisik saya.


Ketukan kedua… Tok..tok.. tok…!! Sampailah ketukan ketiga… Tok..tok.. tok…!!  “Eh, tak boleh jadi ni” getus hati saya… Panggilan telefon terus saya minta hold dan akan hubungi lagi.

Saya intai dari tingkap, tak nampak sesiapa pun. Saya beranikan diri untuk buka pintu.. Dup, dap, dup dap.. Owh, seorang anak muda yang bermata sepet dari keturunan Tiong Hua terpacul didepan mata saya. Dia membawa beg sandang tepi, di tangannya ada brochure tebal yang sedia untuk memulakan tanggungjawabnya.

Anak muda lingkungan 20-an itu memperkenalkan diri, dia sukarelawan dari rumah kebajikan orang-orang kurang upaya. Meminta derma rumah ke rumah untuk memenuhi perbelanjaan harian penghuni rumah kebajikan.

Dia tunjukkan lah ID kebajikan dan IC nya, memang sangat muda. Tapi saya tengok dia sangat CEKAL dalam usaha untuk membantu penghuni OKU. Saya tengok gambar-gambar OKU yang ditunjukkan memang sangat SEDIH dan SEBAK sekali.

"Bagaimana orang semuda ini ada sifat untuk membantu yang sangat tinggi. Bukan beragama Islam pun, Tapi..." Saya termenung panjang.

"Abang aaa, saya umur sikalang 23 tahun, masa tingkatan 2 saya sudah berhenti sekolah maa. Saya kelija  sebab Nenek sudah sakit loo. Emak dan ayah saya sudah takde maa, saya dari kecil lagi sudah tinggal dengan nenek loo. Sekarang saya kerja di bahagian Sales maa. Hali ini cutii, jadi saya tolong sikit-sikit untuk bantu cari dana rumah OKU.." Jelas anak muda itu dengan pelatnya, bila tanya kerja apa.

Allah Akbar... Hebatnya Allah, indahnya akhlak anak muda Tiong Hua ni. Malu saya dengan sikapnya. Wajahnya tak lekang dengan senyuman yang menyimpan SERIBU derita yang tak terluah. Matanya basah membentuk kaca-kaca kecil, menahan HIBA kisah silamnya.

Saya berbincang dengan dengan isteri dan mengambil wang simpanan saya dan menyerahkan padanya. Anak muda itu mengucapkan terima kasih dan bersungguh-sungguh mengajak saya untuk datang melihat rumah kebajikan itu.


Selepas meminta diri, anak muda bermata sepet itu berjalan dengan penuh semangat dan mengetuk kejiranan saya yang lain. Ramai yang menerima kehadirannya,malah ada juga yang buat tak layan. Di lubuk hatinya, anak muda itu gembira dengan “kerja” yang dilakukan, iaitu “MEMBERI”.

Lee Kok Wing, akan saya ingat namanya. Kerana engkaulah guru yang memberi INSPIRASI. Dia mengajar jangan mudah berputus asa dalam dalam apa jua situasi hidup kita. Mesti ada semangat KEYAKINAN yang tinggi bahawa, dengan banyak "MEMBERI" kita akan banyak juga untuk “MENERIMA”.

Dalam erti kata yang lain, kita TERPAKSA MENERIMA rezeki, kebahagian dengan BANYAKNYA... Itulah HUKUM Tuhan. Percaya dengan HATI, bukan percaya dengan MATA..

Faham, ke faham..? mesti faham kan… hehe

Ok, jumpa lagi di sesi perkongsian lain. Saya jemput dengan rendah hati untuk ikuti tips-tips dan sharing saya di Bekam Power . sampaikan perkara yang baik, nanti yang dating pada anda juga rezeki yang baik.

Salam kejayaan semua… Admin

No comments:

Post a Comment