Tuesday, 5 November 2013

BEKAM..? Siri 5 (akhir)


Kepada anda yang pernah lihat darah bekam, tak kiralah secara "live" ke, di internet ke atau di majalah dan surat khabar, kadang-kadang kita tengok darah bekam selalunya berwarna merah pekat, kehitaman. 


Ia membentuk seperti Jelly yang kental dan bergetah, macam puding atau makanan "Sumi" kegemaran kita waktu kecil dulu.. Ingat tak? Nyum.. nyum.. nyum..hehe. Inilah tanda Toksid yang tinggi dalam badan kita.

Toksid/Toksin ini adalah mendapan Racun/Zat Kimia yang tidak boleh diurai oleh tubuh kita. Toksin atau Racun ini boleh dikatakan ada pada setiap orang, kerana toksin-toksin ini berasal dari pencernaan yang hampir setiap hari diisi oleh makanan-makanan yang mengandungi Zat Pengawet, Zat Perasa, Zat Pewarna, Zat Pengembang, Pestisida dan lain-lain lagi. 




Bagaimana hendak membuang dan membersihkan darah bertoksid itu tadi? Jawapannya adalah dengan mula melakukan bekam. Sekali anda mula berbekam, anda akan dapat mengeluarkan toksid yang banyak termendap selama puluhan tahun itu. Kemudian, selang sebulan hingga 3 bulan bekam lagi. Jika sakit anda kronik lakukanlah bekam 2-3 minggu sekali.

Lama-kelamaan bila dah selalu berbekam, Darah Kotor/Toksid/Racun dapat dibersihkan sehingga darah menjadi bersih dari kotoran/racun yang membuat aliran darah menjadi lancar. Inilah salah satu cara DETOKSIFIKASI (Proses pengeluaran Darah Kotor/Toksid/Racun) yang sangat efektif dan tiada kesan sampingan.


Bila anda dah dengar, dah faham, dah tahu berkenaan kehebatan Sunnah bekam ni, adakah anda semua masih bertangguh-tangguh untuk berbekam..? Siapalah yang tak nak badannya ringan dan segar. Siapalah yang tak nak badannya selalu kuat dan sihat.. boleh melakukan kerja dengan gembira.. Betul..? Semua orang nak...

 Cuma KUASA TINDAKAN untuk pergi mencari klinik atau pembekam itu yang sedikit kurang. Ada sahaja jawabnya,"Nanti lah, malaslah, esoklah, tulatlah, tonggenglah...aku cari." kata seorang kawan yang selalu sahaja mengadu sakit-sakit badannya.

Jadi, apabila anda teringin untuk berbekam, sebenarnya anda berada di "track" yang betul. Dalam hati kadang-kadang terlintas masa tengah duduk menunggu dipanggil masuk ke bilik doktor, hati berbisik "Aduh, aku ni selalu je sakit-sakit badan. Makan ubat dah banyak, tapi lepas dah elok sekejap, bertambah balik sakit tu. Ishh aku rasa nak bekam la nanti, bagi badan ni ringan. Siapalah yang tahu pasal bekam ni?"

Bagus kalau dah fikir begitu. Teruskan sahaja niat murni tu. jangan bertangguh-tangguh lagi. Carilah pembekam yang terlatih dan Porfesional. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perawatan alternatif. InshaAllah akan termakbul Doa anda untuk kembali sihat.

Ameen...


--------------------------------------------------------
Terima kasih tak terhingga kepada anda yang telah mengikuti siri BEKAM ini. Maklumat yang anda perolehi, boleh di kongsi pada kawan, saudara-mara yang berminat untuk berbekam. Sayangilah diri anda dan keluarga.
--------------------------------------------------------
Bagaimana anda dapat memaksimumkan isi dan maklumat tentang bekam ini?

Senang sahaja, anda Like kemudian "SHARE" di wall anda. Rakan-rakan FB akan membaca dan lakukan seperti anda juga. Ini maklumat yang dapat memberikan pahala kepada orang yang baik hati untuk SHARE...


-Admin: Salam Kejayaan - Bekam Power.
  #bekam
 --------------------------------------------------------

Monday, 28 October 2013

BEKAM..? Siri 4

kita pun kalau asyik berjalan, berlari, berjalan, berlari.. non-stop, apa rasanya..?
Baca BEKAM..? Siri 2
Baca BEKAM..? Siri 3

Kalau dalam proses bekam tu, sebenarnya bukanlah darah yang keluar dari urat nadi kita tu, macam derma darah. Ia adalah darah kotor yang sudah tidak digunakan lagi. Senang cerita sel darah yang dah rosak dan mati.

Eh!, darah pun boleh mati ke? kalau darah mati, kita pun mati juga la kan...

salah tu, bukan macam tu. Sel darah merah kita ni ada jangka hayat juga. Dia hidup selama 120 hari je. Tugasnya adalah membawa bekalan nutrisi dan oksigen kepada ribuan juta sel di dalam badan kita ni..

Selepas bagi makan dan bekal oksigen pada sel-sel badan, dia tak balik dengan tangan kosong... sel darah merah akan membawa pula bahan kumuh dan juga gas karbon dioksida tadi untuk dihantar ke buah pinggang, hati, limpa untuk dibuang dan dineutralkan racunnya.

Perjalanan sel darah seterusnya adalah ke paru-paru untuk membuang karbon dioksida dan mengambil semula oksigen. Kemudian ia akan masuk semula ke dalam kitaran darah melalui Jantung untuk di pam ke seluruh sel-sel badan. 

Haaa... nampak tak berat kerja sel darah merah ni. Macam tu lah rutin hidup sel darah merah selama 120 hari. Mahu tak penat dik oii..kita pun kalau asyik berjalan, berlari, berjalan, berlari.. non-stop, apa rasa.. haa termuntah-muntah nak pitam kan..

 Jadi sel darah merah bila dah habis jalankan tanggungjawabnya, selnya akan rosak, mati dan menjadi toksid yang berbahaya. Jadi tugas hati dan limpalah yang akan membuang darah kotor ini. Tapi tak semua darah kotor tu dapat dibuang. 

Selalunya sel-sel darah merah ini akan mendap di belakang badan, dibawah kulit lapisan epidermis dan dermis. Kenapa disitu situ mendapnya..? Nak tahu... sebab disitulah kawasan otot yang paling besar dan senang untuk sel darah merah termendap. Kawasan lain ada juga, macam tangan, kaki, kepala dan sebagainya.

Sebab itulah Nabi SAW menggalakkan supaya berbekam, agar dapat dikeluarkan Toksid melalui darah kotor.


Kalau anda semua tak berbekam, darah kotor tadi akan mendap sehingga menjadikan saraf-saraf dan badan kita lemah. Ditambah pula dengan pemakanan yang tak seimbang, makin cepatlah bertambahnya toksid dari makanan yang mengandungi Zat Pengawet, Zat Perasa, Zat Pewarna, Zat Pengembang, Pestisida dll juga Udara diluar yang kondisi sekarang sudah banyak sekali Pencemaran..




Bersambung siri akhir...



---------------------------

Bagaimana anda dapat memaksimumkan isi dan maklumat tentang bekam ini?

Senang sahaja, anda Like kemudian "SHARE" di wall anda. Rakan-rakan FB akan terbaca dan lakukan seperti anda. Ini maklumat yang memberikan pahala kepada orang yang baik hati untuk SHARE...


-Admin: Salam Kejayaan - Bekam Power.

#bekam
---------------------------

Saturday, 26 October 2013

TIADA RAHSIA BISNES...


Individu yang belum mempunyai banyak pengalaman menjalankan bisnes mungkin percaya pada apa yang disebut 'rahsia bisnes'. Justeru mereka tercari-cari apa rahsia bisnes.

Apabila kita mencari-cari apa 'rahsia' kejayaan pada bisnes orang-orang lain, maka seolah-olah kita percaya bahawa kononnya ada apa yang disebut sebagai (i) jalan mudah, dan (ii) jalan pintas, bagi membuat duit yang banyak dengan menceburi dunia bisnes. Ini tidak benar.

Duit yang banyak tidak datang dengan cara yang mudah dan cepat kerana duit dalam akaun bank kita adalah hasil daripada daya usaha. Semakin banyak daya usaha, semakin banyak duit yang akan masuk ke dalam akaun bank kita.

Duit adalah bukti kerasionalan cara berfikir si bisnesman semasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan duit. Apabila keputusan-keputusan yang dibuatnya betul, maka banyak duit akan masuk ke dalam akaun banknya. Apabila keputusannya salah, maka akibtanya duit yang dicari tidak masuk, duit yang ada dalam tangan pula hilang.


Credit to : Ainon Business School

-------------------------------------------
Join kami di page Bekam Power

Salam Kejayaan dari Admin.
-------------------------------------------

BEKAM..? Siri 3



Kaedah bekam cara Nabi ini telah lama dipraktikkan oleh umat Islam. Mungkin bahan dan alat yang digunakan pada masa dahulu dan kini tentu sekali berbeza.

Kalau dahulu tukang bekam menggunakan cawan kaca, tanduk, buluh sebagai alat atau medium perantara untuk melekap dibadan pesakit. Kemudian memastikan bahawa alat bekam itu melekap dengan kuat dan lama, Teknik seperti menggunakan pembakaran api, ada yang sedut menggunakan mulut (pedih pipi tu,.. kalau sedut lama-lama. Cubalah kalau nak tahu).

Namun sekarang alat bekam yang sangat PRAKTIKAL dan EFEKTIF telah tercipta. Ada Pengepam menggantikan teknik api dan sedut, ada cawan kaca plastik lutsinar yang boleh ditutup lubang keluar masuk anginnya, ada lancet (alat jarum halus untuk menusuk kulit, dengan tujuan mengeluarkan sedikit darah), dan ada pisau bekam torehan (hampir sama dengan pisau bedah yang digunakan oleh doktor)

Disebabkan mudahnya untuk berbekam dan oleh kerana perkembangan teknologi, maka ramai anak muda masa kini sudah mempelajari bekam. Tidak seperti dulu tahun 50-an hingga 90-an, bekam ini terkenal dikalangan orang tua dan kawasan kampung sahaja.

Masa tu sesiapa yang berasal dari kampung tahulah bekam itu apa? Bila kerja di bandar dan kita bercerita dengan kawan-kawan bandar tentang KEHEBATAN bekam, terpinga-pinga diaorang mendengarnya.. yelah... mana taknya, tak pernah dengar dari kecil, asyik dengan video games dan televisyen sahaja. (orang bandar jangan marah, he.. ^_^)

"Apalah kau ni mengarut, bekam-bekam ni aku tak tahu, tapi kalau Beckam aku tahulah..", ujar seorang anak kota pada saya, sambil menunjukkan gaya pemain bola David Beckam. Alahai... hehe lawak la dia ni.


Bersambung... Siri 4
---------------------------------------------
Tuan-tuan dan Cikpuan, dengan rendah hatinya dijemput bersama kami di page Bekam Power, untuk berkongsi tip-tip dan maklumat berkenaan rawatan alternatif.
Diharap anda semua dapatlah sebar luaskan lagi artikel ini pada kawan-kawan didalam senarai FB dan juga Group anda semua. Dapat memberi NILAI kepada rakan-rakan kita ertinya perkara yang BAIK juga akan datang kepada kita.
Betul, betul...? hehe
Admin - jom #bekam
---------------------------------------------

Monday, 21 October 2013

BEKAM..? siri 2


Baca BEKAM..?  Siri 1

Bekam adalah salah satu daripada Sunnah Nabi Muhammad SAW. Masyarakat Arab memanggilnya HIJAMAH. Di Indonesia mereka memanggil KOP atau CANTUK.

Diawal Hadis yang menerangkan kelebihan berbekam ini adalah ketika Nabi SAW berada di Bumi Mekah.

Ketika terjadinya Tahun Kesedihan, dimana saat Pengikut Baginda SAW dan kabilah Bani Hashim telah dipulau oleh kaum Musyrikin Mekah selama 3 tahun.


Sunday, 20 October 2013

BEKAM..? siri 1

Ramai orang sudah mendengar perkataan bekam. Tak kurang juga masih ada lagi yang belum pernah mendengarnya. Mat Saleh tak pernah dengar pun.. Eh mestila Mat saleh tak pernah dengar, sebab diorang tak panggil bekam tapi panggil Cupping.. Haa.., Negara Barat pun buat jugak bekam ni.. Kita selalu ingat orang Asia je kan buat bekam..
  

Anyway, kepada yang sudah mendengar Bekam mesti tertanya-tanyakan? Dari mana asal perkataan bekam ni? Orang indonesia pun dah terbiasa guna perkataan bekam. Pendek kata seluruh alam rumpun Melayu telah mengenali dan memahami apa itu bekam.

Wednesday, 16 October 2013

PENGENALAN AKUPUNTUR

Maharaja China, Huang Ti
Akupunktur adalah kaedah penusukan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu (Acupunture Point) pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chi) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala, selain menyelitkan atau menyucuk jarum akupunktur, para akupunturis mungkin memilih untuk menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba.

Monday, 14 October 2013

PENGEMBARAAN MENJINAKKAN SANG HARIMAU !!



Semalam, saya dapat sebuah panggilan dari seorang perempuan. Dia bertanya kepada saya, "Masih buat rawatan lagi? Anak saya yang lelaki tu sakit belakang badan. Boleh datang ke rumah saya ke Encik?"

Sebenarnya, dari minggu lepas lagi saya dah membuat appointment untuk datang ke rumah kakak ni. Walaupun jauh, hati ni kata pergilah. Kata nak menuntut ILMU. Dengar jugalah saya pujukan hati saya ni.

KISAH PENUH INSPIRASI : THE POWER OF CONTRIBUTION..


Jam menunjukkan lebih kurang pukul 4.30 petang. Saya sedang menerima panggilan untuk temujanji rawatan bekam.

Tiba-tiba, terdengar ketukan yang amat deras dari pintu rumah saya. Saya yang sedang bercakap di telefon dan isteri yang sedang menyiapkan thesisnya juga terkejut. "Eh takkan orang Tabligh datang petang-petang macam ni? Selalu lepas Maghrib.." Bisik saya.

Wednesday, 9 October 2013

MAKAN CARA SIHAT IKUT SUNNAH NABI

Makanan Sunnah Nabi Junjungan SAW

KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

JEJAK KASIHAN !!




Kadang-kadang kita ni hampir terlupa kawan-kawan lama kita. Masa dulu bukan main kamceng. Pergi mana-mana mesti nak dengan dia. Pergi tandas pun kalau tak pergi sekali kurang selera pulak nak lepas hajat. Amboi teruk sangat dah tu...

Monday, 7 October 2013

ATOK LAJU LAGI, TOK !!




Pada 14/9/2013, seorang atok berumur 75 tahun lebih, datang bersama keluarganya dari Segamat, Johor untuk berbekam. Atok ni dah lama cakap nak buat rawatan. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat hatinya pada hari tu.

Apa yang saya kagum dengan atok ni, dia masih boleh memandu kereta walaupun perjalanan jarak perjalanannya agak jauh. Takde orang yang jadi second driver. Dia sorang sahaja yang memandu. Mahu 2 - 4 jam untuk nak sampai Rawang.

Monday, 30 September 2013

APAKAH TITIK QOMAHDUAH TU !!


Nabi SAW pernah menyebut bahawa bekam adalah salah satu dari 3 pengubatan yang boleh menyembuhkan penyakit. Ini bermakna, Baginda telah mengiktiraf bekam boleh memberikan kebaikan pada kesihatan manusia jika diamalkan secara berterusan.

Jika bekam tidak mampu menyembuhkan, mengapakah Baginda sendiri telah berbekam beberapa kali dalam waktu yang berbeza? Adakalanya ketika nabi berpuasa, ada juga ketika Baginda merasa sakit kepala yang amat sangat akibat terlalu panas terik.